Sabtu, 28 April 2012

Langkah Pertama Belajar Bahasa Arab


Langkah pertama yang perlu diambil jika anda mahu belajar bahasa arab adalah mencari bagaimana cara atau kaedah mempelajari bahasa arab.

Memilih kaedah yang sesuai sangat penting. Ia menentukan sama ada anda dapat belajar bahasa arab sehingga mahir atau tidak (berhenti di separuh jalan).

Semestinya kita tidak mahu berhenti di separuh jalan. Ini akan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit anda.

Sebelum kita bincangkan lagi apakah kaedah belajar bahasa arab yang sesuai, saya ingin memberitahu anda, sebenarnya tiada rahsia bagaimana anda boleh belajar bahasa arab sehingga mahir.

Dua perkara ini sahaja yang anda perlukan iaitu buku panduan bahasa arab untuk rujukan dan guru bahasa arab untuk membimbing anda.

Belajar bahasa arab tanpa panduan yang betul boleh dibaratkan seperti seseorang yang ingin pergi ke sesuatu tempat tetapi tiada peta dan tidak tahu jalan apakah yang perlu dilalui. Akhirnya orang itu akan sesat.

Sebab itu panduan bahasa arab sangat penting. Ia dapat membantu dan menunjukkan jalan cara-cara mempelajari bahasa arab dengan betul.

Kenapa pula perlu ada guru? Sepatutnya setiap apa yang kita belajar perlu ada guru. Seorang guru sangat berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi. Apa yang perlu anda lalui untuk menguasai bahasa arab sudah pun dilalui oleh mereka yang digelar sebagai guru bahasa arab.

Jadi, melalui pengalaman, mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana cara-cara mempelajari bahasa arab. Dengan adanya guru kita dapat berkomunikasi dan bertanya masalah yang kita hadapi semasa mempelajari bahasa arab.

Ok, sekarang kita akan membincangkan kaedah-kaedah mempelajari bahasa arab.

3 Kaedah Mempelajari Bahasa Arab

Ada 3 kaedah yang dapat anda ambil. Setiap kaedah ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 3 kaedah itu ialah:

1) Belajar Melalui Buku – Seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, buku/panduan bahasa arab dapat menunjukkan jalan bagaimana cara mempelajari bahasa arab.

Tetapi bagaimana jika anda tidak faham sesuatu yang diajar di dalam buku tersebut? Susah bukan? Anda tiada tempat bertanya. Sebab itu pentingnya anda berguru. Melalui guru anda dapat bertanya jika anda tidak faham sesuatu.

Saya ada kenal seorang sahabat. Di dalam rumahnya terdapat lebih kurang 10 buah buku panduan bahasa arab.

Saya tanya dia kenapa banyak sangat buku bahasa arab? Tak cukup ke hanya satu panduan saja?

Jawapan yang saya terima ialah apabila dia tidak faham apa yang di tulis di dalam panduan itu, dia akan beli sebuah lagi buku. Jika tidak faham lagi dia akan beli sebuah buku lagi. Sampai buku ke-10 dia berhenti membeli sebab dia sedar yang dia tak kan faham jika dia hanya belajar melalui buku sahaja. Akhirnya dia menyerah kalah dan berhenti di separuh jalan.

Bagi saya agak kerugian di situ. Sekarang ni buku panduan bahasa arab hanya menjadi perhiasan di dalam sebuah almari buku sahabat saya.

2) Menghadiri Kelas Bahasa Arab – Cara ini dapat memberikan apa yang anda perlu untuk menguasai bahasa arab. Anda akan dapat sebuah panduan bahasa arab dan didikan daripada seorang guru bahasa arab.

Tetapi, bagi saya, cara ini masih lagi mempunyai masalah.

Anda perlu korbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit. Mungkin bagi anda ia bukan masalah yang besar. Tapi cuba anda bayang jika pada hari kelas bahasa arab, anda ada masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Contohnya, anda sibuk, saudara mara datang ke rumah dan macam-macam lagi.

Sudah tentu anda terpaksa mengambil keputusan tidak menghadari ke kelas bahasa arab pada hari itu. Mungkin anda fikir hanya terlepas satu kelas tidak mengapa. Tetapi bagi saya ini masalah yang besar.

Jika terlepas satu kelas maknanya anda terlepas apa yang sepatutnya anda perlu belajar pada hari itu. Selalunya agak susah untuk meminta guru bahasa arab anda mengulangi apa yang anda terlepas sebab anda akan melambatkan proses pembelajaran dan menganggu pelajar lain.

Itu baru sahaja terlepas sehari waktu kelas. Cuba bayangkan jika banyak hari anda terlepas. Bukankah ia akan menjadi satu masalah yang besar?

Jika ini berlaku pada anda nanti, mungkin anda akan berasa berputus asa dan berhenti belajar bahasa arab di separuh jalan.

3) Belajar Bahasa Arab Secara Online – Bagi saya ini adalah kaedah yang terbaik. Belajar bahasa arab secara online, anda masih mendapat keperluan untuk mahir dalam bahasa arab iaitu buku panduan bahasa arab dan didikan guru bahasa arab.

Biasanya anda akan diberi sebuah ebook panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website belajar bahasa arab secara online itu. Di forum tersebut anda boleh bertanya apa-apa soalan dan masalah anda mengenai bahasa arab.

Di forum tersebut itu juga, anda akan mendapat didikan terus daripada guru bahasa arab dan berkomunikasi dengannya.

Apa yang lebih menarik adalah anda dapat menetapkan sendiri jadual pembelajaran anda. Tidak perlu risau lagi jika anda sibuk.

Apa yang anda perlu buat ialah baca buku panduan bahasa arab. Jika tidak faham sesuatu, anda boleh tanya di forum tersebut. Guru bahasa arab akan memberi respon dan jawapan kepada persoalan anda.

Tidakkah anda berasa kaedah ini lebih mudah? Hanya belajar dan klik di depan komputer sahaja.

Jika anda berminat, anda boleh ke website belajar bahasaarab secara online.


Anda patut mencubanya :)

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Ahad, 22 April 2012

4 Petua Belajar Bahasa Arab

Ada banyak nasihat dan petua cara-cara mempelajari bahasa arab dengan berkesan. Jika saya senaraikan ke semua petua ini, mungkin saya dapat menulis sebuah buku mengenai petua-petua belajar bahasa arab sahaja :)

Di sini saya senaraikan 4 petua belajar bahasa arab yang terbaik.
  1. Anda wajib mengetahui 28 askara/huruf arab dan cara sebutannya dengan betul dan tepat.
  2. Bahasa arab bukan berdasarkan perkataan dan sebutan semata-semata. Ia juga ada hubungan di antara ayat, frasa dan kosa kata. Anda boleh belajar melalui buku/panduan bahasa arab.
  3. Amalkan bercakap dalam bahasa arab 15 – 30 minit setiap hari mengenai apa-apa topik atau cerita seperti politik, sukan dan lain-lain.
  4. Belajar sekurang-kurangnya satu ayat bahasa arab setiap hari dan gunakan ayat itu sepanjang hari untuk mudah ingat. Anda boleh mulakan dengan ayat-ayat mudah yang boleh di dapati di dalam buku/panduan bahasa arab.
 http://belajar-bahasa-arab.info

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Rabu, 11 April 2012

Belajar Bahasa Arab – Segalanya Bermula Di Sini

Niat yang paling utama mahu belajar bahasa arab adalah ingin memahami dan menghayati ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W.

Tetapi nak melaksanakan niat yang baik ini tidak semudah seperti belajar Alif Ba Ta. Ya! Banyak yang perlu dihadapi semasa mempelajari bahasa arab. Lebih-lebih lagi jika anda tiada asas langsung mengenai bahasa arab.

Anggap sahaja ini adalah dugaan dan ujian daripada Tuhan Yang Maha Esa. Saya percaya jika anda berjaya melaksanakan niat baik anda untuk mempelajari bahasa arab, niat anda akan dibalas dengan nikmat yang tak terhingga sama ada di dunia atau di akhirat nanti.

Apa yang paling penting adalah BERSABAR menghadapi segala dugaan semasa mempelajari bahasa arab. InsyaAllah anda pasti berjaya.

Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk mempelajari bahasa arab adalah memulakan langkah pertama.

Jadi, Apakah langkah pertama itu?

Langkah pertama yang perlu anda mulakan ialah mencari bagaimana cara-cara mempelajari bahasa arab.

Biar saya teka. Apa yang ada dalam fikiran anda ialah mencari kelas bahasa arab atau mencari buku/panduan bahasa arab. Betul tak?

Untuk pengatahuan anda setiap langkah pertama yang anda fikirkan itu ada risikonya.

Saya suka mendengar satu ungkapan mengenai risiko iaitu “Jangan mengambil risiko jika anda fikir tidak mampu melakukannya. Anda pasti akan rugi” :)

Apakah risiko yang perlu di ambil jika anda mengambil kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab? Di bawah saya senaraikan risikonya.

Risiko mengambil kelas bahasa arab

  • Perlu korbankan banyak masa untuk ke kelas bahasa arab
  • Lokasi kelas bahasa arab terlalu jauh dari rumah anda
  • Memerlukan modal yang tinggi (contoh: yuran kelas, minyak kereta dan lain-lain lagi)

Risiko membaca buku/panduan bahasa arab

  • Tiada tempat bertanya jika anda tidak faham sesuatu yang tertulis di dalam buku
  • Anda perlu membaca banyak buku rujukan bahasa arab
  • Anda akan berasa bosan kerana terlalu banyak membaca tetapi tidak faham apa yang cuba buku itu sampaikan

Ini lah risiko yang perlu anda hadapi. Saya tidak bermaksud untuk menakut-nakutkan anda tetapi ini lah yang akan berlaku.

Betul, ada yang berjaya mempelajari bahasa arab selepas menghadari kelas bahasa arab atau membaca buku/panduan bahasa arab tetapi terlalu ramai yang gagal kerana mencuba cara ini. Puncanya ialah tidak mampu menghadapi risiko ini.

Jika anda fikir yang anda mampu menghadapinya, teruskan dengan cara mempelajari bahasa arab di atas. Jika anda rasa tidak mampu, teruskan membaca. Mungkin ini jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda.

Jadi, anda mahu mempelajari bahasa arab tetapi tidak mahu mengambil risiko yang tinggi. Bagus! Anda sudah buat keputusan yang bijak.

Rahsia sebenar mempelajari bahasa arab dengan mudah adalah mempunyai buku/panduan bahasa arab DAN mendapat bimbingan guru bahasa arab.

Betul! hanya dua perkara ini sahaja yang anda perlukan untuk mahir bahasa arab. Sebuah buku/panduan bahasa arab dan guru bahasa arab :)

Bagaimana caranya?

Zaman sekarang adalah zaman siber. Segala-galanya di hujung jari. Terima kasih kepada teknologi internet. Segala urusan menjadi mudah.

Ustaz Abd Rahman telah mewujudkan sebuah website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab. Tujuan utama beliau membina website ini adalah untuk membantu golongan yang mahu mempelajari bahasa arab tetapi tiada masa ke kelas bahasa arab atau mereka yang mahu mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab.

Apa yang anda akan dapat di dalam website beliau ialah sebuah ebook/panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website beliau.

Di forum tersebut anda dapat bertanya apa-apa soalan mengenai masalah anda dalam mempelajari bahasa arab dan mendapat bimbingan terus daripada Ustaz.

Konsep yang digunakan adalah belajar bahasa arab secara online. Mudah dan menjimatkan. Anda boleh mempelajari bahasa arab di dalam keselesaan rumah.

Cara ini amat sesuai untuk mengurangkan risiko dalam mempelajari bahasa arab. Hanya satu sahaja masalahnya. Anda perlukan kemudahan internet dan komputer di rumah anda. Jika anda sudah ada, bagus! Anda boleh mulakan sekarang. Jika tiada, saya harap anda boleh dapatkan secepat yang mungkin :)

Sebenarnya semua cara-cara belajar bahasa arab ada kelebihannya dan kekurangannya. Apa yang paling penting adalah memilih cara yang anda rasa sesuai dan selesa.

Jika anda suka cara menghadiri kelas bahasa arab, teruskan. Jika anda suka cara belajar bahasa arab melalui buku, boleh juga. Jika anda mahu belajar bahasa arab secara online, mungkin ia sesuai untuk anda.

Belajar bahasa arab secara online hanya lah pendapat saya. Ia dapat memberikan kebebasan masa pada saya dan yang paling penting saya rasa selesa dengannya.

Jika anda berminat mempelajari bahasa arab secara online bersama Ustaz Abd Rahman, anda boleh ke website beliau.

Klik sini untuk ke website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab

Pesanan: Memulakan langkah pertama mempelajari bahasa arab sangat penting. Ini akan menentukan anda sama ada anda berjaya atau gagal dalam mempelajari bahasa arab. Segalanya bermula di sini.

Klik "Like" jika anda sukakan post ini