Sabtu, 28 April 2012

Langkah Pertama Belajar Bahasa Arab


Langkah pertama yang perlu diambil jika anda mahu belajar bahasa arab adalah mencari bagaimana cara atau kaedah mempelajari bahasa arab.

Memilih kaedah yang sesuai sangat penting. Ia menentukan sama ada anda dapat belajar bahasa arab sehingga mahir atau tidak (berhenti di separuh jalan).

Semestinya kita tidak mahu berhenti di separuh jalan. Ini akan merugikan masa, tenaga dan wang ringgit anda.

Sebelum kita bincangkan lagi apakah kaedah belajar bahasa arab yang sesuai, saya ingin memberitahu anda, sebenarnya tiada rahsia bagaimana anda boleh belajar bahasa arab sehingga mahir.

Dua perkara ini sahaja yang anda perlukan iaitu buku panduan bahasa arab untuk rujukan dan guru bahasa arab untuk membimbing anda.

Belajar bahasa arab tanpa panduan yang betul boleh dibaratkan seperti seseorang yang ingin pergi ke sesuatu tempat tetapi tiada peta dan tidak tahu jalan apakah yang perlu dilalui. Akhirnya orang itu akan sesat.

Sebab itu panduan bahasa arab sangat penting. Ia dapat membantu dan menunjukkan jalan cara-cara mempelajari bahasa arab dengan betul.

Kenapa pula perlu ada guru? Sepatutnya setiap apa yang kita belajar perlu ada guru. Seorang guru sangat berpengalaman dalam bidang yang mereka ceburi. Apa yang perlu anda lalui untuk menguasai bahasa arab sudah pun dilalui oleh mereka yang digelar sebagai guru bahasa arab.

Jadi, melalui pengalaman, mereka dapat memberi gambaran yang lebih jelas bagaimana cara-cara mempelajari bahasa arab. Dengan adanya guru kita dapat berkomunikasi dan bertanya masalah yang kita hadapi semasa mempelajari bahasa arab.

Ok, sekarang kita akan membincangkan kaedah-kaedah mempelajari bahasa arab.

3 Kaedah Mempelajari Bahasa Arab

Ada 3 kaedah yang dapat anda ambil. Setiap kaedah ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. 3 kaedah itu ialah:

1) Belajar Melalui Buku – Seperti yang kita bincangkan sebentar tadi, buku/panduan bahasa arab dapat menunjukkan jalan bagaimana cara mempelajari bahasa arab.

Tetapi bagaimana jika anda tidak faham sesuatu yang diajar di dalam buku tersebut? Susah bukan? Anda tiada tempat bertanya. Sebab itu pentingnya anda berguru. Melalui guru anda dapat bertanya jika anda tidak faham sesuatu.

Saya ada kenal seorang sahabat. Di dalam rumahnya terdapat lebih kurang 10 buah buku panduan bahasa arab.

Saya tanya dia kenapa banyak sangat buku bahasa arab? Tak cukup ke hanya satu panduan saja?

Jawapan yang saya terima ialah apabila dia tidak faham apa yang di tulis di dalam panduan itu, dia akan beli sebuah lagi buku. Jika tidak faham lagi dia akan beli sebuah buku lagi. Sampai buku ke-10 dia berhenti membeli sebab dia sedar yang dia tak kan faham jika dia hanya belajar melalui buku sahaja. Akhirnya dia menyerah kalah dan berhenti di separuh jalan.

Bagi saya agak kerugian di situ. Sekarang ni buku panduan bahasa arab hanya menjadi perhiasan di dalam sebuah almari buku sahabat saya.

2) Menghadiri Kelas Bahasa Arab – Cara ini dapat memberikan apa yang anda perlu untuk menguasai bahasa arab. Anda akan dapat sebuah panduan bahasa arab dan didikan daripada seorang guru bahasa arab.

Tetapi, bagi saya, cara ini masih lagi mempunyai masalah.

Anda perlu korbankan banyak masa, tenaga dan wang ringgit. Mungkin bagi anda ia bukan masalah yang besar. Tapi cuba anda bayang jika pada hari kelas bahasa arab, anda ada masalah lain yang tidak dapat dielakkan. Contohnya, anda sibuk, saudara mara datang ke rumah dan macam-macam lagi.

Sudah tentu anda terpaksa mengambil keputusan tidak menghadari ke kelas bahasa arab pada hari itu. Mungkin anda fikir hanya terlepas satu kelas tidak mengapa. Tetapi bagi saya ini masalah yang besar.

Jika terlepas satu kelas maknanya anda terlepas apa yang sepatutnya anda perlu belajar pada hari itu. Selalunya agak susah untuk meminta guru bahasa arab anda mengulangi apa yang anda terlepas sebab anda akan melambatkan proses pembelajaran dan menganggu pelajar lain.

Itu baru sahaja terlepas sehari waktu kelas. Cuba bayangkan jika banyak hari anda terlepas. Bukankah ia akan menjadi satu masalah yang besar?

Jika ini berlaku pada anda nanti, mungkin anda akan berasa berputus asa dan berhenti belajar bahasa arab di separuh jalan.

3) Belajar Bahasa Arab Secara Online – Bagi saya ini adalah kaedah yang terbaik. Belajar bahasa arab secara online, anda masih mendapat keperluan untuk mahir dalam bahasa arab iaitu buku panduan bahasa arab dan didikan guru bahasa arab.

Biasanya anda akan diberi sebuah ebook panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website belajar bahasa arab secara online itu. Di forum tersebut anda boleh bertanya apa-apa soalan dan masalah anda mengenai bahasa arab.

Di forum tersebut itu juga, anda akan mendapat didikan terus daripada guru bahasa arab dan berkomunikasi dengannya.

Apa yang lebih menarik adalah anda dapat menetapkan sendiri jadual pembelajaran anda. Tidak perlu risau lagi jika anda sibuk.

Apa yang anda perlu buat ialah baca buku panduan bahasa arab. Jika tidak faham sesuatu, anda boleh tanya di forum tersebut. Guru bahasa arab akan memberi respon dan jawapan kepada persoalan anda.

Tidakkah anda berasa kaedah ini lebih mudah? Hanya belajar dan klik di depan komputer sahaja.

Jika anda berminat, anda boleh ke website belajar bahasaarab secara online.


Anda patut mencubanya :)

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan