Selasa, 1 Mei 2012

Belajar Bahasa Arab – Apa Yang Anda Tahu dan Tak Tahu

Terlebih dahulu saya nak ucapkan tahniah kerana anda berminat untuk belajar bahasa arab. Anda telah meneruskan kesinambungan usaha keras ulama’ terdahulu dalam menyebarkan ilmu bahasa arab dan ajaran islam.

Tidak ramai yang berminat dalam menguasai ilmu yang penting ini. Anda adalah orang yang terpilih untuk mewarisi ilmu bahasa arab ini.

Saya tahu tujuan anda mahu mempelajari bahasa arab adalah ingin memahami maksud ayat Al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Atau pun lebih tepat lagi anda sebenarnya ingin mengkaji sedalam-dalamnya mengenai Agama Islam.

Bagus! Ini lah sepatutnya yang kita lakukan sejak dulu lagi. Mempelajari bahasa arab akan membawa kita lebih memahami dan menghayati Al-Quran dan Hadis.

Dengan cara ini, kita dapat mendekatkan diri kita pada Tuhan Yang Maha Esa dan dapat juga kita tahu hukum-hakam Islam dengan lebih jelas yang dapat menjamin kebahagian hidup kita di dunia dan akhirat kelak.

Saya tak bermaksud bahasa melayu atau bahasa lain tidak dapat menerangkan maksud ayat-ayat Al-Quran. Tetapi, bahasa arab dapat menerangkan dengan lebih jelas, lebih terang dan lebih dalam berbanding bahasa lain. Sebab itu Al-Quran diturunkan di dalam bahasa arab.

Mungkin anda dapat bayangkan betapa mudahnya dalam kehidupan seharian anda jika anda pandai berbahasa arab.

Anda dapat menghayati setiap bacaan di dalam solat dan doa. Anda dapat memahami apa yang cuba disampaikan semasa membaca Al-Quran. Anda dapat tangkap maksud sebenar apabila anda mendengar hadis Nabi Muhammad S.A.W berbanding orang lain.

Tidak salah jika saya katakan “kehidupan anda lebih bermakna sebagai seorang Islam yang pandai berbahasa arab”.

Kita tahu jika kita belajar bahasa arab sekarang, kita akan mendapat kebaikannya pada masa akan datang.

Tetapi, selalu sangat akan ada penghalang yang menghalang kita meneruskan niat kita untuk mempelajari bahasa arab. Saya pasti anda pun pernah mengalaminya. Bukan?

“Tak tahu bagaimana nak mula belajar bahasa arab, tidak tahu tempat yang mengajar bahasa arab, tiada masa ke kelas bahasa arab atau pun yuran kelas bahasa arab terlalu mahal”. Saya pasti ini yang selalu bermain di minda anda sekarang. Secara tak langsung ini yang akan menjadi batu penghalang anda.

Maafkan saya, bagi saya, orang berfikiran sebegini takut untuk berkorban dan takut menghadapi kegagalan.

Biar saya jelaskan, pada masa lalu kita sudah banyak lakukan pengorbanan. Di tempat yang kita berdiri sekarang adalah hasil apa yang kita korbankan dahulu.

Hari ini anda seorang yang berjaya. Memiliki kerjaya yang bagus dan mempunyai kepentingan pada sebuah organisasi. Ini semua adalah hasil pengorbanan anda menghabiskan masa, tenaga dan wang ringgit.

Anda belajar bersungguh-sungguh di sekolah dan melanjutkan pelajaran di universiti supaya anda dapat pekerjaan yang baik pada masa akan datang. Jadi, anda adalah apa yang anda korbankan pada masa lalu.

Jadi, pengorbanan bukan sesuatu yang perlu dielakkan. Pengorbanan perlu dilakukan untuk membina masa depan yang baik.

Sama juga jika anda ingin mahir dalam bahasa arab. Anda mahu memahami kandungan Al-Quran dan Hadis, anda perlu berkorbankan masa, tenaga dan wang ringgit dalam mempelajari bahasa arab.

Tentu anda fikir, “internet akan memberikan maklumat cara-cara mempelajari bahasa arab dan ianya percuma. Tidak perlu korbankan apa-apa terutamanya wang.” Jika begitu mudah, saya tidak akan bersusah payah menaip artikel ini.

Internet memang tempat yang bagus untuk mencari maklumat. Masalahnya ianya terlalu banyak sangat maklumat. 80% maklumat yang anda terima dari internet adalah kurang tepat. Anda perlu mencari dan menentukan sendiri sama ada maklumat yang anda terima itu tepat atau tidak.

Ini hampir mustahil kerana anda tiada rujukan untuk membantu anda menentukan ketepatan maklumat di internet. Saya tahu sebab saya pernah mencubanya dan akhirnya fikiran saya bercelaru kerana terlalu banyak maklumat yang saya terima.

Susah bukan? Bagi saya daripada bersusah payah mencari maklumat di internet yang belum pasti betul atau tidak, lebih baik saya korbankan sedikit wang membeli panduan bahasa arab sebab apa yang saya perlukan untuk belajar bahasa arab, semuanya ada di dalam panduan bahasa arab.

Takut menghadapi kegagalan adalah pemikiran orang yang tidak mahu berjaya. Kita banyak melihat orang gagal dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tapi pernahkah anda lihat orang yang tidak pernah gagal tetapi berjaya? Pasti tidak.

Orang yang berjaya pasti pernah gagal kerana kegagalan menjadi inspirasi dan semangat pada mereka untuk terus berjaya. Dari kegagalan lah mereka belajar untuk berjaya.

Bila mencerita tentang menghadapi kegagalan, saya teringat satu kisah yang saya pasti semua pernah melaluinya iaitu suka duka belajar menunggang basikal dua roda.

Semasa belajar menunggang basikal, kita banyak kali terjatuh. Kita tak menyerah kalah kita bangun dan kita cuba lagi dan lagi sehingga kita berjaya. Sebab apa yang menyebabkan kita terus mencuba adalah kita dapat bayangkan dan percaya yang kita akan berjaya menunggang basikal dua roda dan boleh berseronok meronda dengan kawan-kawan.

Di sebabkan kita gagal banyak kali dan berjaya sekali menunggang basikal hasilnya adalah sampai sekarang kita pandai menunggang basikal dan cekap menunggang motosikal.

Kadang-kadang saya pelik, semakin kita dewasa semakin kita takut akan kegagalan padahal kita sedar yang kegagalan dapat membawa kejayaan.

Orang yang berjaya semakin berjaya selepas belajar daripada kegagalan. Orang yang takut gagal semakin gagal kerana asik mengelak daripada kegagalan.

Saya harap motivasi yang saya berikan dapat meningkatkan semangat anda dalam mempelajari bahasa arab.

Setiap apa yang kita mahukan mesti ada caranya. Tapi pastikan caranya betul. Jika anda nak tahu sama ada cara yang anda cuba itu betul atau salah adalah belajar daripada orang yang berpengalaman.

Dalam mempelajari bahasa arab, anda mesti cari orang yang berpengalaman. Lebih elok jika orang itu adalah seorang pengajar bahasa arab yang mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar bahasa arab.

Permulaan untuk belajar bahasa arab adalah memiliki panduan bahasa arab sebagai rujukan dan guru bahasa arab sebagai tempat bertanya.

Dua elemen ini iaitu panduan dan guru adalah elemen yang sangat penting yang perlu ada jika kita ingin belajar bahasa arab sehingga mahir.

Panduan bahasa arab ibarat peta yang menunjukkan jalan untuk ke sesuatu tempat. Apakah akibatnya jika seseorang itu tiada peta dan tidak tahu jalan apa yang perlu dia ikut? Sudah tentu orang itu tak kan jumpa tempat yang dia mahu pergi.

Sebab itu panduan bahasa arab penting sebab ia dapat menunjukkan cara-cara mempelajari bahasa arab dengan betul seperti peta yang menunjukkan arah jalan ke sesuatu tempat.

Jika anda menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa arab, guru bahasa arab adalah tempat yang betul untuk bertanya.

Cuba anda bayangkan yang anda di dalam perjalanan ke sesuatu tempat. Anda ada peta tetapi anda tidak faham apa yang ditunjukkan di dalam peta tersebut. Anda nekad anda mahu teruskan perjalanan juga dan anda tidak mahu tanya atau minta tolong orang lain. Saya pasti anda akhirnya akan sesat dan tidak jumpa jalan ke tempat destinasi anda.

Begitu juga apabila anda sesat mencari jalan, anda meminta tolong pada orang yang tidak tahu. Anda tidak akan menerima jawapan atau pun anda akan menerima jawapan yang salah.

Sebab itu pentingnya adanya guru untuk dijadikan tempat bertanya. Lebih elok guru itu adalah seorang pengajar dan berpengalaman dalam mengajar bahasa arab.

Saya pernah jumpa orang yang cuba belajar melalui panduan bahasa arab sahaja. Apabila dia menghadapai masalah, dia malu nak bertanya pada orang yang berpengalaman atau guru bahasa arab. Dia mahu selesaikan masalahnya sendiri. Seperti yang saya jangkakan dia gagal dalam mempelajari bahasa arab.

Alhamdulillah, akhirnya dia sedar yang dia perlukan guru untuk menyelesaikan masalah bahasa arab yang dia hadapi dan sekarang ini dia sudah pun berjaya menguasai bahasa arab.

Apa yang paling saya suka ialah dia belajar dari kegagalan. Dia bangun selepas gagal. Dia sedar yang dia perlukan dua elemen ini iaitu panduan dan guru bahasa arab. Akhirnya dia berjaya.

Ramai yang tanya pada saya, macam mana nak menguasai bahasa arab dengan mudah. Jawapan saya tetap sama iaitu dapatkan panduan bahasa arab untuk rujukan dan guru bahasa arab sebagai tempat bertanya.

Saya cadangkan mereka menggunakan Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab Ustaz Abd Rahman sebab mereka akan dapat kedua-dua elemen ini sekali.

Elemen yang pertama adalah anda dapat panduan belajar bahasa arab. Ada 3 siri ke semuanya. Saya cadangkan anda dapat siri yang pertama dahulu. Selepas kuasai siri pertama baru lah anda sambung ke siri yang seterusnya.

Elemen yang kedua, anda akan menjadi ahli forum di website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab Ustaz Abd Rahman. Di forum tersebut anda dapat bertanya pelbagai soalan anda mengenai masalah bahasa arab dan ustaz akan menjawab persoalan anda dan membimbing anda.

Bagi saya, sudah cukup dengan dua elemen ini untuk anda mempelajari bahasa arab sehingga berjaya.

Banyak kelebihan selepas anda menguasai bahasa arab. Seperti yang kita bincangkan tadi anda dapat lebih memahami dan menghayati maksud sebenar kandungan Al-Quran dan Hadis.

Anda juga akan dijadikan tempat untuk mentafsir Al-Quran dan Hadis oleh kawan-kawan anda. Ini tidak mustahil jika anda berusaha bersungguh-sungguh. Membantu orang memahami Al-Quran dan Hadis besar pahalanya.

Bagi anda yang akan melakukan ibadah haji atau umrah mesti anda sedar bahasa arab akan menjadi bahasa komunikasi di sana. Lebih 90% akan menggunakan bahasa arab. Jadi, jika anda belajar sekarang, ini akan memudahkan anda pada masa akan datang.

Anda juga dapat menurunkan ilmu bahasa arab kepada anak-anak anda nanti. Sekurang-kurangnya dapat juga anda turunkan ilmu yang berguna pada keturunan anda supaya mereka juga dapat lebih menghayati Al-Quran, Hadis dan keindahan Islam.

Jadi, mulakan langkah pertama anda dalam mempelajari bahasa arab. Lahirkanlah umat Islam yang celik bahasa arab.

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan