Khamis, 3 Mei 2012

Formula Belajar Bahasa Arab

Assalamualaikum. Pak Lang di sini. Saya tahu rata-rata anda yang ingin belajar bahasa arab kerana ingin memahami apa yang terkandung di dalam Al-Quran dan Hadis.

Ada juga yang ingin belajar bahasa arab kerana mahu mendapat kusyuk di dalam solat dan doa.

Apa pun tujuan anda, belajar bahasa arab akan memudahkan lagi perjalanan anda sebagai seorang yang beragama Islam.

Tetapi, sering sekali timbul satu persoalan di dalam fikiran anda “bagaimana cara mempelajari bahasa arab?”

Ada formula cara-cara mempelajari bahasa arab. Saya rasa anda sudah pun tahu.

Formula belajar bahasa arab adalah mempunyai sebuah buku panduan bahasa arab sebagai rujukan dan guru bahasa arab sebagai tempat bertanya.

Formula ini nampak mudah tetapi berkesan. Ramai yang abaikan formula ini. Mungkin mereka masih tidak percaya pada keberkesanan formula ini.

Buku panduan bahasa arab ibarat peta yang menunjukkan jalan untuk ke sesuatu tempat. Apakah akibatnya jika seseorang itu tiada peta dan tidak tahu jalan apa yang perlu dia ikut? Sudah tentu orang itu tak kan jumpa tempat yang dia mahu pergi.

Jadi, buku panduan bahasa arab dapat menunjukkan cara-cara mempelajari bahasa arab seperti peta yang menunjukkan arah jalan ke sesuatu tempat.

Sekarang cuba anda bayangkan situasi ini.

Anda di dalam perjalanan ke sebuah tempat. Anda ada peta tetapi anda tidak faham apa yang ditunjukkan di dalam peta tersebut. Anda nekad anda mahu teruskan perjalanan juga dan anda tidak mahu tanya atau minta tolong orang lain. Saya pasti anda akhirnya akan sesat dan tidak jumpa jalan ke tempat destinasi anda.

Itulah fungsi seorang guru. Guru bahasa arab dijadikan tempat bertanya jika anda mengalami masalah dan mereka akan membimbing anda.

Kalau boleh cari lah guru bahasa arab yang mempunyai banyak pengalaman dalam bidang mengajar bahasa arab kerana mereka sudah lalui apa yang anda perlu lalu untuk menguasai bahasa arab. Melalui pengalaman, mereka tahu bagaimana cara membimbing anda.

Buku panduan bahasa arab dan guru bahasa arab tidak boleh dipisahkan.

Saya ada seorang kenalan yang ingin belajar bahasa arab. Dia cuba belajar melalui buku panduan bahasa arab sahaja. Pada pendapatnya, dia boleh belajar tanpa guru.

Apabila dia menghadapai masalah, dia cuba selesaikan masalahnya sendiri. Seperti yang saya jangkakan dia masih mempunyai masalah yang sama dan sampai sekarang dia masih tidak pandai berbahasa arab.

Jadi, nasihat saya jika anda mahu belajar bahasa arab dan tidak mahu menjadi seperti kawan saya, anda perlu mencari dua perkara ini iaitu buku panduan bahasa arab dan guru bahasa arab.

Dimanakah tempat untuk mencari buku panduan dan guru bahasa arab? Jawapanya sudah tentu di kelas bahasa arab.

Saya cadangkan anda mengambil kelas bahasa arab. Di sana nanti anda akan menerima sebuah buku panduan bahasa arab dan mendapat bimbingan daripada seorang guru bahasa arab.

Tentu anda tertanya-tanya “Di manakah kelas bahasa arab?” atau pun jika anda sudah jumpa kelas bahasa arab, anda mesti fikir “tidak mahu korbankan masa cuti dan rehat anda untuk ke kelas bahasa arab” atau “anda sibuk dan tiada masa untuk ke kelas bahasa arab”.

Jangan risau, ada cara lain.

Caranya adalah belajar bahasa arab secara online bersama Ustaz Abd Rahman. Mungkin anda sudah tahu Ustaz Abd Rahman telah mewujudkan sebuah website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab. Jika anda masih tidak tahu anda boleh melihatnya disini (klik sini).

Tujuan utama beliau membina website ini adalah ingin membantu golongan yang berminat belajar bahasa arab tetapi tiada masa ke kelas bahasa arab.

Anda akan diberi sebuah buku panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website beliau. Di forum tersebut anda boleh bertanya apa-apa soalan dan masalah anda mengenai bahasa arab. Ustaz Abd Rahman akan cuba sedaya upaya untuk membimbing anda.

Apa yang anda perlu lakukan hanya belajar di depan komputer sahaja.

Jadi, jika anda tiada masa ke kelas bahasa arab saya cadangkan anda belajar di website Ustaz Abd Rahman.

Klik sini untuk ke website Ustaz Abd Rahman

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan