Jumaat, 4 Mei 2012

Belajar Bahasa Arab Tanpa Ke Kelas

Assalamualaikum semua. Pak Lang di sini. Hari ini saya berasa terlalu gembira kerana ramai yang menunjukkan minat mahu belajar bahasa arab.

Saya lihat ramai yang sudah mula mengambil kursus atau kelas bahasa arab di tempat masing-masing.

Tetapi tak kurang juga ada yang mengeluh kerana tidak dapat menghadiri kelas bahasa arab. Antara masalah yang saya terima ialah:

  • Sibuk dengan kerja sehingga tiada masa ke kelas bahasa arab
  • Tidak jumpa kelas bahasa arab yang berdekatan dengan tempat tinggal
  • Yuran kelas agak mahal
  • Dan lain-lain masalah lagi

Apa pun masalah, anda tak perlu risau dan bimbang lagi. Ada cara yang lain supaya anda juga boleh belajar bahasa arab tanpa ke kelas bahasa arab.

Cara 1 - Belajar Melalui Buku

Mungkin cara ini yang paling mudah. Anda hanya perlu membeli beberapa buah buku bahasa arab dan belajar sendiri di rumah. Bagi saya cara ini bukan sahaja menjimatkan tetapi anda juga dapat belajar mengikut jadual dan masa anda sendiri.

Tetapi, belajar melalui buku tidak semudah yang disangka. Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan anda tidak mahu belajar melalui buku lagi. Antaranya ialah:

  • Tiada tempat bertanya jika anda tidak faham sesuatu yang tertulis di dalam buku
  • Anda perlu membaca banyak buku rujukan bahasa arab
  • Anda akan berasa bosan kerana terlalu banyak membaca tetapi tidak faham apa yang cuba buku itu sampaikan

Saya mempunyai ramai kenalan yang cuba belajar melalui buku. Saya dapati mereka masih tidak mahir dalam bahasa arab walaupun sudah berbulan-bulan membaca buku bahasa arab. Sekarang ini buku bahasa arab hanya menjadi perhiasan di rak buku mereka.

Nasihat saya, buku bahasa arab hanya dijadikan sebagai tempat rujukan sahaja. Anda masih memerlukan seorang guru bahasa arab untuk membimbing anda.

Cara 2 - Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab Ustaz Abd Rahman

Seperti yang anda sedia maklum, belajar bahasa arab mesti kena ada guru. Sebaik-baik guru adalah guru yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang mengajar bahasa arab.

Ustaz Abd Rahman, Pensyarah bahasa arab di UiTM Johor telah membina sebuah website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab.

Tujuan beliau membina website ini adalah ingin membantu golongan yang berminat mempelajari bahasa arab tetapi tiada masa ke kelas.

Apa yang anda akan dapat di website beliau ialah:

  • sebuah ebook/buku panduan bahasa arab yang mengandungi teknik-teknik mempelajari bahasa arab dengan mudah
  • Menjadi ahli forum online di website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab. Di forum tersebut anda boleh bertanya masalah anda mengenai bahasa arab dan mendapat bimbingan terus daripada ustaz.

Konsep yang digunakan ialah BELAJAR melalui buku, jika tidak faham atau ada masalah TANYA di forum online. Ustaz Abd Rahman akan cuba menjawab segala persoalan dan menyelesaikan masalah anda.

Bagi saya, konsep ini paling senang diaplikasikan. Sesuai dengan semua peringkat umur sama ada yang masih muda atau pun yang sudah berumur.

Kelebihan menggunakan Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab Ustaz Abd Rahman ialah:

  • Tidak perlu ke kelas bahasa arab
  • Tidak perlu keluar dari rumah semata-mata mahu belajar bahasa arab
  • Belajar mengikut masa dan tempat anda sendiri
  • Menjimatkan masa dan tenaga
  • Belajar dengan guru bahasa arab yang berpengalaman luas dalam bidang mengajar bahasa arab
  • Mudah dipraktikkan

Anda nak belajar bahasa arab? Jom belajar bersama-sama dengan Ustaz Abd Rahman di website beliau.

Klik sini untuk ke website Panduan Mudah Belajar Bahasa Arab Ustaz Abd Rahman

Soalan Lazim: Apa itu forum online? Jawapan: Forum online ialah sebuah komuniti membincangkan sesuatu secara online/internet tanpa bersemuka. Contohnya forum Ustaz Abd Rahman akan membincangkan cara-cara menguasai bahasa arab. Semua perbincangan akan dilakukan secara online di hadapan komputer.

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan