Tetapi, anda tak perlu risau. Sekarang ini terdapat pelbagai teknik dan tips yang dapat membantu anda mempelajari bahasa arab dengan mudah.
Hari ini saya nak berkongsi satu teknik bagaimana anda dapat belajar bahasa arab dengan mudah. Teknik ini biasanya digunakan oleh pelajar sekolah yang ingin menguasai bahasa Inggeris.
Tapi tak salah jika kita gunakan ia untuk menguasai bahasa lain :)
Caranya adalah menghafal lima ke sepuluh perkataan sehari. Teknik ini amat berkesan.
Jika anda dapat menghafal sepuluh perkataan sehari bermakna anda akan berjaya menghafal 300 perkataan sebulan dan seterusnya.
Mulakan perkataan dan ayat yang mudah dan selalu kita gunakan. Contohnya:
“Kaifa haluk?”
"apa khabar saudara"
“Ana bikhair wal hamdulillah”
"saya baik dan alhamdulillah"
Dua ayat di atas bermakna anda telah mempelajari enam perkataan bahasa arab hari ini. :) Mudah bukan?
http://belajar-bahasa-arab.info
Klik "Like" jika anda sukakan post ini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan