Sabtu, 11 Februari 2012

Masa Yang Sesuai Untuk Belajar Bahasa Arab

Mungkin anda sibuk bekerja dan tercari-cari masa yang sesuai untuk belajar bahasa arab. Pada waktu cuti pula anda banyak habiskan masa untuk keluarga atau kawan-kawan. Bila ada sedikit masa untuk belajar terasa macam malas pula :)

Sebenarnya saya sendiri pun pernah mengalami masalah yang sama. Saya akui memang agak sukar untuk membahagikan masa antara kerja dan belajar.

Mungkin tips ini dapat membantu anda memilih waktu yang sesuai untuk belajar bahasa arab.

  • Jangan belajar pada waktu lapar dan mengantuk. Gerenti tak boleh fokus
  • Pilih jangka masa belajar yang sesuai mengikut keselesaan anda. Seperti saya, maksimum saya belajar adalah 3 jam sehari
  • Jika mata terasa penat ketika belajar, rehat sebentar sambil memandang benda hijau seperti pokok untuk merehatkan mata
  • Buat jadual belajar dan pastikan waktu belajar tidak hampir dengan aktiviti yang memenatkan
  • Mulakan dengan sedikit iaitu belajar 2 hari seminggu. Kemudian tingkatkan ke 3 hari seminggu dan seterusnya
  • Disiplinkan diri dan jangan tangguhkan waktu belajar

Itu saja tips memilih masa belajar yang saya dapat kongsikan di sini. Saya harap tips ini berguna untuk anda dan dapat membantu menguruskan masa anda untuk belajar bahasa arab.

http://belajar-bahasa-arab.info

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan