Ahad, 19 Februari 2012

Memilih Kaedah Belajar Bahasa Arab

Sebelum saya membuat keputusan untuk belajar bahasa arab, saya akan mengkaji dahulu apakah kaedah pembelajaran yang sesuai dengan saya?

Ini penting sebab kaedah yang sesuai dapat menentukan sama ada saya berjaya mempelajari bahasa arab sehingga mahir atau saya terpaksa berhenti separuh jalan akibat memilih kaedah yang tidak sesuai.

Di sini saya akan senaraikan kaedah-kaedah belajar bahasa arab yang biasa digunakan.

Mungkin penulisan kali ini dapat memberi jawapan apakah kaedah belajar bahasa arab yang sesuai dengan anda.

Ada 3 jenis kaedah belajar bahasa arab iaitu:

1. Menghadari Kelas Bahasa Arab

Kelebihan kaedah ini, anda dapat berjumpa dengan orang yang mengajar bahasa arab dan anda boleh bertanya soalan pada mereka jika anda menghadapi masalah dalam mempelajari bahasa arab.

Orang yang mengajar bahasa arab itu akan mencuba sedaya upaya menyelesaikan masalah anda dan mengajar anda sehingga anda mahir dalam bahasa arab.

Kaedah ini sesuai untuk anda jika anda mempunyai kelapangan masa. Anda juga perlu mendisiplinkan diri untuk menghadiri kelas bahasa arab setiap minggu sebab jika anda terlepas waktu kelas bahasa arab walaupun sehari, anda mungkin akan menghadapi masalah.

2. Buku/Video Bahasa Arab

Mungkin anda terfikir kaedah belajar melalui buku sesuai untuk anda jika anda tiada kelapangan masa ke kelas bahasa arab. Sebenarnya belajar melalui buku tidak lah semudah apa yang anda fikirkan.

Memang betul, belajar melalui buku, anda dapat belajar mengikut masa anda sendiri tetapi anda mungkin menghadapai masalah sebab anda tiada tempat untuk bertanya jika anda tidak dapat memahami sesuatu yang ditulis di dalam buku.

Ini akan melambatkan anda untuk mahir bahasa arab dan mungkin anda akan berputus asa dan berhenti belajar di separuh jalan.

Saya cadangkan buku bahasa arab dijadikan sebagai tempat rujukan dan tempat menambah ilmu. Anda masih memerlukan seorang guru untuk membimbing anda dalam mempelajari bahasa arab.

3. Belajar Bahasa Arab Secara Online

Belajar bahasa arab secara online adalah kaedah yang sesuai untuk anda jika anda tiada masa ke kelas bahasa arab. Berbeza dengan belajar melalui buku, belajar secara online anda boleh berkomunikasi dengan tenaga pengajar secara online jika anda mengalami masalah.

Kebiasaannya anda akan diberikan sebuah panduan bahasa arab dan menjadi ahli forum di website bahasa arab di mana anda boleh bertanya pelbagai soalan dan mendapatkan bantuan di forum tersebut.

Kaedah ini memberikan masa yang fleksibel. Maknanya anda belajar mengikut masa dan tempat anda sendiri asalkan di tempat anda mempunyai kemudahan komputer dan sambungan internet.

http://belajar-bahasa-arab.info

Klik "Like" jika anda sukakan post ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan